




KAMI
Bandaraya Melaka
Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri.
Cadangan Destinasi Anda Yang Seterusnya

Menara Taming Sari
Menara Taming Sari Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7...

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Bersebelahan dengan Porta De Santiago ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dibuat oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan. Bangunan memorial ini menempatkan bahan pameran yang tidak ternilai tentang perjuangan kemerdekaan negara...

Porta De Santiago
Porta bermaksud pintu dalam bahasa Portugis. Pintu masuk ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah dari kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis setelah mereka menawan Melaka pada 1511. Laluan berbentuk S tersebut dibina demikian untuk mengelak tembakan. Setelah orang Belanda mengambil...

Jonker Walk
Jonker Walk Jonker Walk terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi. Ia benar-benar merupakan satu tempat di mana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat...

Melaka River Cruise
Kembara Sungai Melaka Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan...

Sunset Cruise
Sunset Cruise - Nikmati pemandangan matahari turun di ufuk melalui jeti pelaut ini dengan belayar ke Pulau Upeh yang merupakan pusat perlindungan penyu karah dan asal-usul kepada upacara pengkebumian, Muara Sungai Melaka di mana armada Cheng Ho pernah berlabuh...

Kompleks Stadhuys
Stadhuys merupakan peninggalan bersejarah yang tersergam dari era Belanda di Melaka, iaitu dewan Bandar dan kediaman gabenor yang besar dan merah yang dibina sekitar 1641 hingga 1660 dan dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di Timur. Ia mempamerkan ciri-ciri...

Penempatan Portugis
Penempatan Portugis Merujuk kepada perhubungan yang erat dengan Portugal, tempat ini dikenali sebagai Lisbon Mini. Terletak di dalam Penempatan Portugis, dataran ini merupakan pentas pertunjukan kebudayaan Portugis yang berwarna-warni dan menakjubkan semasa perayaan dan sambutan. Komuniti Portugis di sini...

Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melaka Sebuah replika Istana lama Kesultanan Melaka, muzium ini menggambarkan kisah menarik campuran unik pelbagai budaya di Melaka. Ia mempamerkan kebudayaan dan tamadun Melayu sejak abad ke-15. Terletak di kaki Bukit St. Paul, ia adalah satu-satunya Istana Melayu...





















































































