
6 April - Program Solat Dhuha yang berlangsung di Surau MBMB, anjuran Kelas Agama & Motivasi MBMB, telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, bersama pegawai-pegawai kanan serta anggota MBMB.
Solat Dhuha telah diimamkan oleh En. Mohamad Naqiuddin bin Mohamed Anuar dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Haziq Firdaus bin Hussin, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.
Tazkirah adalah berkisar mengenai anak-anak sebagai penyejuk mata. Anak merupakan sumber kebahagiaan, ketenangan dan kebanggaan kepada ibu bapa—bukan sekadar hadir, tetapi membesar dengan akhlak yang baik, iman yang kukuh dan kejayaan yang membanggakan. Tanggungjawab ibu bapa adalah bagi membimbing serta membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.


