
2 April - Telah berlangsung Lawatan Tapak Cadangan Projek Bina Baru Dewan Terbuka Taman Krubong Perdana.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan . Hadir sama YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , En. Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya , Ketua-ketua jabatan MBMB serta pegawai-pegawai kanan MBMB.
Lawatan ini adalah bagi meninjau status ketersediaan lokasi projek.


