
4 April - Melaka Bila Larut Malam Edisi April - Meriahnya Beraya di Melaka, berlangsung dengan cukup meriah dengan sajian persembahan kesenian berwarna-warni bertemakan lebaran, yang turut dijayakan oleh Kombo dan Badan Kebudayaan & Kesenian MBMB serta lain-lain agensi yang terlibat.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bi. Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan isteri turut hadir meraikan dan menyantuni para pengunjung sekitar perkarangan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka.


