
7 April – Sekitar Program Kempen Derma Darah anjuran bersama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan MBMB bertempat di Lobi Graha Makmur, MBMB.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut hadir menyantuni para penderma darah daripada kalangan anggota serta orang awam. Hadir sama, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Terima kasih warga Bandaraya Melaka yang telah menzahirkan keperihatinan serta sokongan dengan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.


