
2 April - Majlis Pecah Tanah Projek Loji Waste To Energy (WTE) telah diadakan di Sungai Udang, Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Turut hadir YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad , Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , En, Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corp Bhd , barisan EXCO dan Timbalan EXCO, ketua-ketua jabatan dan agensi , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta ahli-ahli Majlis MBMB.
Projek ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkasa pengurusan sisa pepejal secara lebih mampan serta menyokong usaha pembangunan teknologi hijau di Negeri Melaka.


