
Adalah dimaklumkan, semua perkhidmatan SISTEM DALAM TALIAN Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengalami gangguan capaian berikutan kerja-kerja menaik taraf perkakasan server SISTEM DALAM TALIAN yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan MBMB.
Tarikh/ Masa Mula:
16 Februari 2026 (Isnin) / 7.00 Malam
Tarikh/ Masa Tamat:
17 Februari 2026 (Selasa) / 6.00 Pagi
Sehubungan itu, kesemua SISTEM DALAM TALIAN di bawah seliaan
Jabatan Teknologi Maklumat, MBMB tidak dapat diakses sehingga kerja-kerja menaik taraf selesai dilakukan. Segala kesulitan amatlah dikesali.


