
5 April - Majlis Santuni Kasih Aidilfitri sempena Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah dengan kerjasama Intrinseque Health ( Malaysia ) Sdn. Bhd telah diadakan di perkarangan Intrinseque Health, Jalan Portugis.
Hadir meraikan dan menyantuni para penerima , YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana . Hadir sama, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , tetamu khas Tan Sri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir, pemilik Hotel Casa Del Rio, En. Nitin Jain, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Intrinseque Health Sdn Bhd, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis. Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB , ketua-ketua jabatan dan unit serta pegawai -pegawai kanan .
Sebanyak 250 orang penerima sumbangan dari 12 DUN di dalam kawasan pentadbiran MBMB dan pihak Intrinseque Health turut bermurah hati memberi sumbangan berupa barangan elektrik. Sekalung penghargaan di atas usaha dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak syarikat.


