
8 April - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB meninjau Solar-Powered Smart Bin di Dataran Bandaraya MBMB. Hadir sama , Tn. Hj. Moahzam bin Asari , Pengarah Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB.
Projek ini merupakan salah satu inisiatif MBMB ke arah bandaraya rendah karbon dan pintar di bawah kriteria pengurusan sisa yang efektif. Smart bin ini menggunakan teknologi sensor bagi mengesan sekiranya tong sampah ini penuh.
Smart bin ini akan ditempatkan di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbiran MBMB.


