
6 April - Satu lawatan tapak Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat Mekanikal di Hospital Melaka telah diadakan pada petang ini.
Lawatan tapak ini diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama, En Mohamad Faisal Bin Mohd Bashir, Pengarah Mros Venture, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua -ketua jabatan serta unit dan pegawai -pegawai kanan MBMB.
Projek ini diharap dapat mengurangkan serba sedikit isu tempat letak kereta dan kesesakan yang dihadapi oleh orang awam di Hospital Melaka.


