
28 Mac - Ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri Melaka memenuhi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ( MITC ) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam , Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama isteri beliau YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab. Rahman hadir menyerikan majlis. Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Raif bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad , Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , barisan EXCO dan Timbalan EXCO , Ketua-Ketua jabatan dan agensi Negeri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Ahli-ahli Majlis MBMB , Tn. Muhamad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya.
Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan Dayang Nurfaizah, Senario, Yasser Fikri serta Badan Warisan Negeri Melaka.


