
Jom Iftar Santai bersama keluarga @ Dataran Bandaraya MBMB sepanjang bulan Ramadan ini.
Anda semua boleh membawa juadah berbuka dan tikar masing-masing. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, berbuka puasa atau iftar bersama keluarga atau rakan pastinya meriah. Jangan lupa jaga kebersihan serta membuang sisa makanan ke dalam tong yang disediakan. Tempat solat tertutup juga disediakan bersebelahan Dataran MBMB!


