
10 April - Rumah Terbuka Aidilfitri “Melaka Sayang Rakyat “ Duyong Kita berlangsung cukup meriah di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit.
Majlis ini dihoskan oleh YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi , Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka . Turut hadir memeriahkan majlis , YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama EXCO dan timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka , ketua-ketua jabatan agensi , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama keluarga beliau serta ahli-ahli majlis MBMB.


