
11 April - Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat Madani Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah berlangsung di Kampung Alai.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya merangkap ADUN Telok Mas. Hadir sama YBhg. Left Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj. Ahmad, Naib Canselor UPNM serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.


