Sewaan Petak Letak Kereta

Pengenalan

Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Petak Letak Kereta dan Pembelian Pas-pas Bulanan.

Sewaan Petak

Penyewaan petak letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak yang disewakan akan direzabkan untuk si penyewa dan papan tanda & DIKOSONGKAN akan diletak di atas petak yang direzabkan ini.

Papan Tanda

Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tesebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja.

Cara-cara Membuat Sewaan

Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang. Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali.

Sewaan Petak Yang Dibenarkan

  • Klinik swasta
  • Kedai aksesori kereta/ motosikal
  • Farmasi
  • Hotel bajet

Kadar Bayaran

Sewaan satu petak sebulan sebanyak RM157.50 (tidak termasuk caj sebelum gst 6%). Deposit satu papan tanda sebanyak RM300.00.

Tanggungjawab Penyewa

  • Hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan.
  • Kerosakan dan kehilangan papan tanda hendaklah diganti.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 25 April 2024.
Jumlah Pelawat
03637612

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY