
17 Mac - Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 3 / 2026 kali ini cukup istimewa dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Ketibaan beliau dan barisan dif kehormat disambut dengan anggota beruniform MBMB di Dataran Bandaraya MBMB pada pagi ini. Majlis turut diserikan dengan persembahan koir oleh Kesuma Jiwa dengan lagu Doa Untuk Pemimpin khas buat YAB Ketua Menteri yang disayangi rakyat. Beliau turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh anggota MBMB dan di dalam ucapan beliau turut menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja MBMB terutama barisan hadapan yang akan bekerja semasa cuti perayaan ini. Sesungguhnya peranan dan tanggungjawab MBMB sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan adalah bagi memastikan kebersihan persekitaran dipelihara dan menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada semua warga bandaraya.
Hadir sama, YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana , ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, timbalan-timbalan EXCO , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, ahli-ahli Majlis , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff , Setiausaha Bandaraya MBMB serta ketua-ketua jabatan dan unit.
YAB Ketua Menteri turut mengumumkan berita gembira kepada seluruh warga kerja MBMB sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini.


