
13 April - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Ahmad Farhan Bin Md Yusuf , Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya dan tazkirah mengenai Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat telah disampaikan oleh En. Fadli bin Ahmad, Unit Audit Dalam.
Antara perkara-perkara yang membatalkan solat menurut Mazhab Syafi’I adalah:
1. Bercakap dengan sengaja
2. Makan atau minum
3. Banyak bergerak tanpa keperluan
4. Terkena najis pada badan, pakaian atau tempat solat
5. Terbuka aurat
6. Mengubah niat atau keluar dari solat
7. Membelakangi kiblat
8. Ketawa dengan suara
9. Murtad (keluar dari Islam)


