Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 4 2026

15 4

 

15 April - Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bil.4/2026 telah berlangsung cukup meriah di Dewan Taming Sari, MBMB.

Perhimpunan kali ini dihoskan oleh Unit Inovasi, Unit Pusat Setempat dan Unit Sukan . Perhimpunan hari ini juga cukup bermakna di mana hari ini 15 April 2026 merupakan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah . YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja MBMB dan beliau turut memaklumkan program dan acara yang diadakan sepanjang bulan Mac hingga Jun sempena Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah. Hadir sama Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, ketua-ketua jabatan dan unit serta anggota MBMB.

Turut diadakan penyampaian hadiah Sukan Antara Jabatan ( SAJ ) kepada kontinjen yang menggungguli pingat emas, perak dan gangsa di mana MBMB menjadi Johan Keseluruhan Sukan Antara Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka . Tahniah kepada semua!!! Turut diadakan penyampaian Buku Pelan Strategik MBMB Edisi Penambahbaikan bagi tahun 2025 dan 2026. Semua anggota turut diraikan dengan pulut kuning dan kek sempena ulang tahun MBMB ke-23!

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 29 Mei 2026.
Jumlah Pelawat
04591599

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY