
PROGRAM ANDA KITAR, KAMI BAYAR KEMBALI LAGI! AKKB @ RAMADAN 2026
Kami ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjana ekonomi dengan menjual semula sisa barangan di rumah anda!
Tarikh: 28 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 3.30 petang hingga 6.30 petang
Lokasi: Dataran Bandaraya, MBMB
1. Minyak masak terpakai: RM 3.00 per kg
2. Barangan 3R iaitu botol plastik, alumunium, besi, kertas dan kotak oleh SWCorp: Rm 0.15-Rm3.20 per kg bergantung kepada jenis barangan.
3. Botol kaca, RM0.10/kg (2RP) dan tetrapak iaitu kotak minuman , RM0.25/kg (5RP) dibayar melalui aplikasi Kitarecycle. Pinggan dan periuk kaca tidak diterima.
RP = Recycling points
4. Fabrik (termasuk baju terpakai samada yang masih elok atau lusuh, kasut, soft toys, beg, langsir, cadar, tuala, kain alas meja): RM 0.05 per kg
5. Sisa barangan elektronik (e-waste): RM0.30 per kg
6. Sisa makanan (tamat tempoh / kering sahaja): RM0.10/kg
7. Pemuliaan Naskhah Al-Quran bagi tujuan pelupusan (Buku Yasin dan Buku Teks tidak dibenarkan. Sila patuhi tatacara penghantaran seperti di dalam poster)


