Majlis Pelancaran Pertandingan Inovasi 3.0 Piala YB Menteri KPKT

ALOR SETAR 4 Mac - Majlis Pelancaran Pertandingan Inovasi 3.0 Piala YB Menteri KPKT turut berlangsung di Menara MBAS. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), YBhg. Datuk Hj. Shadan Bin Hj. Othman diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud.

Piala Inovasi YB Menteri KPKT adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) melalui sokongan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan yang menghargai inisiatif pembangunan teknologi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua warga PBT untuk menyumbang idea inovasi yang dapat memberi manfaat kepada PBT dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Pertandingan berprestij ini akan berlangsung mulai tahun ini sehingga tahun 2025 dan turut menawarkan hadiah berbentuk projek BP1 KPKT, Piala Pusingan dan Piala Iringan, Wang Tunai serta sijil penyertaan yang menjadikan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM3.04 juta.

Selesai majlis pelancaran, pihak MALA turut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Kali Ke-23 Tahun 2024. Hadir sama di program tersebut ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) serta perwakilan PBT-PBT dari seluruh Malaysia.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 28 April 2024.
Jumlah Pelawat
03639285

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY