Pengangkutan

This image for Image Layouts addon

Melaka Sentral

Melaka Sentral, terminal bas dan teksi bagi Melaka terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia merupakan projek pembangunan 3 komponen yang terdiri daripada terminal bas dan teksi terbesar di negara ini, sebuah pasar dan sebuah bazar. Diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Melaka Sentral telah dibuka pada tahun 2004. Reka bentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional dan moden Malaysia yang menarik. Bandaraya Melaka mempunyai sebuah terminal pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali sebagai Melaka Sentral dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan pusat perhentian bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia pada hari ini. Tiada pusat perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral.

Panorama Melaka - Bas Dua Tingkat yang dibawa masuk ke Melaka dari London pada tahun 2007 untuk menawarkan pemandangan panoramik Melaka yang menyenangkan kepada penumpangnya. Bas ini berhenti di 13 hentian menarik di sekitar Pusat Bandar termasuk kawasan bersejarah, membeli-belah dan rehat. Anda boleh naik dan turun sesuka hati dan melawat pelbagai mercu tanda Melaka seperti Hang Tuah Mall, Kampung Chitty, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Stadhuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Telaga Hang Li Poh dan banyak lagi.

This image for Image Layouts addon

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang digunakan untuk penerbangan penghantaran dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Batu Berendam sedang dalam proses naik taraf dan dijangka siap pada tahun 2009. Apabila siap kelak, pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737 boleh mendarat di lapangan terbang ini.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 25 April 2024.
Jumlah Pelawat
03638456

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY