Terma & Syarat

Terma dan Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini. Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut.

Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta.

Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03605992

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY