Akta-akta memberi kuasa kepada MBMB untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran seluas 277 km persegi.
Akta-akta yang digunapakai oleh MBMB:
![]() |
Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) 1976
|
Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh.Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa. | |
![]() |
Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133)
|
Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan. | |
![]() |
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
|
Akta ini digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan. | |
![]() |
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
|
Akta untuk membuat peruntukan bagi memusnahkan dan mengawal serangga pembawa penyakit dan pemeriksaan dan rawatan perubatan orang yang menghidapi penyakit yang dibawa oleh serangga dan bagi perkara yang berkaitan dengannya | |
![]() |
Akta Makanan 1983 (Akta 281) |
Undang-undang untuk melindungi masyarakat terhadap perkara yang merbahayakan kesihatan dan penipuan dalampersiapan, penjualan dan penggunaan makanan, dan untuk hal-hal sampingan yang berkaitan. | |
![]() |
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) |
Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya; bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko yang berbangkit daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pengangkutan; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor; dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud yang berkaitan. | |
![]() |
Akta Kawalan Sewa 1966 (Akta 363) |
![]() |
Akta Distres 1951(Akta 255) |
![]() |
Peraturan-peraturan Makanan 1985 |