- Menyelaras perancangan pembangunan dan kegunaan tanah Bandaraya Melaka selaras dengan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Melaka dan Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah.
- Menguruskan dan menyeragamkan semua prosedur pemajuan tanah projek pembangunan berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
- Mengurus dan menyelenggara projek prasarana awam dan Majlis serta menguatkuasakan pematuhan alam sekitar ke arah Bandaraya Lestari.
- Memproses pengurusan dan kelulusan pelan bangunan, penguatkuasaan, penetapan dasar serta garis panduan disamping pemuliharaan kawasan warisan bagi mencapai objektif MBMB yang lebih efisyen dan efektif.
- Merancang, menyelenggara dan memantau projek pengindahan dan pembersihan awam yang berkualiti.
- Menyedia dan membekalkan keperluan logistik bagi kemudahan dan kesejahteraan warga bandaraya.
- Menggalakkan pertumbuhan perniagaan melalui pengeluaran lesen yang cekap dan mengawasi kesihatan awam warga bandaraya.
- Meningkatkan peluang-peluang ekonomi warga bandaraya dengan prasarana perniagaan yang berkualiti serta pengurusan aduan yang bersistematik.
- Menjana hasil Majlis melalui kutipan Cukai Taksiran dan Pengurusan Aset Majlis dengan lebih efisyen.
- Memastikan penyelenggaraan harta bersama secara teratur dan tersusun berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
- Menguatkuasa undang-undang dan memberi kefahaman berkaitan perundangan dalam semua urusan Majlis.
- Menyediakan dan memastikan sistem pengurusan sumber dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, cekap dan berkesan ke arah persekitaran kerja yang kondusif.
- Memantapkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.
- Memantapkan jaringan komunikasi yang baik dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, media, NGO dan masyarakat di peringkat tempatan serta antarabangsa.
- Memantau pelaksanaan sistem pengurusan Majlis yang berkesan dan berintegriti.
- Laman Utama
- MBMB
- Rakyat
- Perniagaan
- Pelancongan