Latar Belakang

Image

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).

MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan.

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHTJ ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala kawasan pentadbiran baru MBMB pula bertambah sebanyak 30.86 km persegi. Keluasan kawasan MBMB kini adalah 270.39 km persegi.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 18 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03605750

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY