Pengurusan Sisa

Pengenalan Am

Masalah pembuangan sisa-sisa pepejal kian ketara sejak kebelakangan ini. Statistik terbaru menunjukkan purata penghasilan sisa pepejal setiap penduduk di Malaysia adalah sebanyak 250 kg setahun. Daripada jumlah tersebut hanya kira-kira 2% digunakan semula manakala selebihnya ditanam di tapak pelupusan atau dibuang secara haram.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menjadi organisasi pertama di Malaysia yang membina tapak pelupusan terkawal bagi sisa-sisa perbandaran berserta sisa-sisa toksik dari kawasan industrinya.

Lokasi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

Cadangan tapak pelupusan di Lot 1771, Mukim Krubong adalah seluas 21.71 hektar dan terletak lebih kurang 14 km dari Bandar Melaka jika melalui Jalan Kg. Cheng - Kg. Krubong. Hampir keseluruhan kawasan tapak adalah tanah rendah dan dipenuhi dengan hutan paya nipah-gelam. Kawasan seluas kira-kira 2.5 hektar di sebelah baratnya telah dilapangkan dan kerja-kerja melonggokkan sampah telah pun beroperasi di situ semenjak bulan Februari 1993.

Image
Image

Rekabentuk Tapak Pelupusan

Rekabentuk tapak pelupusan ini merupakan satu takungan di mana tiada gas mahupun resapan terhasil boleh mengalir ke lot bersebelahan mahupun ke sistem air bawah tanah. Untuk itu, bahagian dasar tapak pelupusan akan dilapisi oleh dua kombinasi lapisan semulajadi dan sintetik, ini disebabkan oleh keadaan lembut bawah tanah yang boleh dengan sendirinya menyebabkan kejadian 'retakan' pada lapisan semulajadi seperti keadaan tanah liat.

Kombinasi tanah liat semulajadi dan geomembran High Density Poly Thylene (HDPE) ini akan menghasilkan aras-aras yang sesuai yang boleh bertindak menghalang limpahan resapan dan gas dari kawasan tapak. Sebanyak 9 sel disediakan untuk pembuangan sampah dan tafsiran jangka hayat bagi setiap satunya adalah selama 1 tahun.

Untuk memudahkan pelepasan gas dan resapan, resapan yang terkumpul di dalam telaga akan dipam ke dalam lagun untuk rawatan sebelum dialirkan ke paritan aliran. Kaedah pengumpulan 'herring-bone' yang biasa digunakan di sini kerana kadar enapan berbeza yang dijangkakan pada bahagian lembut bawah tanah akan menjadikannya tidak berkesan.

Untuk mengurangkan masalah pemendakan melampau, pilihan paling ekonomi yang digunakan ialah dengan menggabungkan lapisan geotekstil (Geotextile Fabric) dengan anyaman rakit buluh (bamboo raftmatrix) untuk asas tapaknya. Ini juga akan dapat memudahkan pergerakan kenderaan dan jentera berat pada peringkat permulaan pada setiap sel.

Untuk menghalang limpahan banjir Sungai Melaka memasuki tapak pelupusan, tambakan ban sempadan sehingga ketinggian 5.0m diperlukan pada sekeliling tapak. Ianya juga boleh digunakan sebagai penghubung kepada sel yang lain. Di luar tambakan ban, longkang disediakan untuk memudahkan pengaliran air keluar dari tapak.

Tapak pelupusan akan berbentuk seperti 'dome' di akhir operasi bertujuan untuk mengurangkan jumlah serapan mengalir ke dalam tapak pelupusan. Isipadu sasaran untuk tapak pelupusan adalah sekurang-kurangnya 1.32 juta meter padu iaitu mencukupi bagi jangkamasa 8 tahun.

Satu lagun terbuka dicadangkan pada mulanya untuk rawatan bahan-bahan teresap dan pada masa yang sama lebih banyak data-data mengenai kualiti dan kuantiti bahan teresap yang terhasil boleh dikumpulkan dan dianalisa. Pada peringkat kedua, kerja-kerja rawatan selanjutnya yang direka khas untuk bahan-bahan teresap yang telah terhasil dapat dijalankan.

Langkah terakhir adalah menutup sisa dengan lapisan tanah liat yang tidak telap air diikuti dengan parit pasir dan akhir sekali ditutupi dengan tanah berumput.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 18 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03605651

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY