Pelesenan

Lesen Perniagaan

MBMB bertanggungjawab untuk mengawal semua aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan pentadbirannya. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukkan kuasa kepada MBMB untuk menggubal undang-undang kecil perlesenan dan menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut di kawasan MBMB.

  • Jenis-jenis lesen premis perniagaan
  • Bagaimana untuk mendapatkan lesen
  • Kadar bayaran dan had tempoh lesen

Jabatan - jabatan yang terlibat di dalam proses lesen premis perniagaan :

  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Bomba
  • Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah

Semua jenis perniagaan perlu mempunyai lesen.

Jenis-jenis Lesen

Bil Lesen
1 Lesen Perindustrian
  • Kilang
  • Bengkel
  • Gudang
  • Stesen Minyak
2 Lesen Makanan
  • Pasaraya
  • Kedai Makan
  • Kedai Runcit
  • Kantin
  • Restoran
3 Lesen Hiburan
  • Karaoke & Pub
  • Pusat hiburan
  • Panggung Wayang
  • Muzik & Nyanyian
4 Lesen Penjaja
  • Pasar Malam
  • Statik
5 Lesen Perniagaan Pasar
6 Lesen Iklan
7 Lesen Hotel & Rumah Tumpangan
8 Perniagaan Am

Kadar Bayaran dan Had Tempoh Lesen

Kadar Bayaran Lesen

Tertakluk kepada jenis tred dan keluasan lantai premis perniagaan

Had Tempoh Lesen

Tarikh Tamat : Mengikut tempoh dan tarikh kelulusan

Pembaharuan lesen bagi lesen tahunan: 15 November setiap tahun

Iklan Sementara

Kelulusan Iklan

Lesen iklan untuk sepanduk, kain rentang, gegantung dan belon dikeluarkan dalam bentuk sementara. Tempoh maksimum iklan tersebut dibenarkan digantung adalah selama 30 hari (1 bulan). Lanjutan tempoh iklan digantung dibenarkan setelah permohonan daripada pelesen disemak dan iklan yang hendak dipamer, diganti atau masih dalam keadaan baik.

Bil Cara Memohon Lesen Iklan Sementara

1

Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan iklan sebenar yang boleh dipamerkan.

2

Pegawai Pelesenan akan memberikan kelulusan setelah berpuas hati dengan pematuhan syarat-syarat yang dikenakan dalam penulisan iklan.

3

Setelah pemohon menjelaskan bayaran, iklan tersebut akan diberi pelekat/cop sebagai tanda kelulusan.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Bil Jenis Kadar Bayaran

1

Bayaran proses

RM5.00

2

Sticker/ pelekat

RM5.00

3

Kadar lesen (RM5.00 untuk tambahan 1 meter persegi)

RM25.00

4

Caj penurunan (setiap kain rentang / gegantung)

  • RM10.00 sehelai
  • RM15.00 sehelai bagi saiz 9m persegi - 15m persegi
  • RM20.00 sehelai bagi saiz 16m persegi - 25m persegi
  • RM100.00 sehelai bagi saiz melebihi 25m persegi & juga yang digantung di tempat tinggi


Kadar ini bergantung kepada jumlah iklan dan jenis iklan yang dipamerkan.

Peraturan Umum

  1. Majlis akan menurunkan sepanduk di tempat-tempat yang dilarang, sepanduk yang tercabut daripada ikatannya, tidak berlesen dan telah tamat tempoh.
  2. Pelesen bertanggungjawab memastikan iklan digantung di tempat yang dibenarkan, setiap masa terikat dengan kemas.
  3. Iklan yang mempamerkan minuman keras dibenarkan digantung di premis yang mendapat lesen minuman keras daripada Pejabat Daerah sahaja.
  4. Lesen iklan sementara tidak akan dipertimbangkan bagi premis yang tidak diluluskan lesen premis perniagaannya oleh MBMB.
  5. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh satu hari sahaja.
  6. Deposit akan lupus jika iklan papan dinding diturunkan oleh Majlis di atas kegagalan pelesen menurunkannya.
  7. Deposit iklan hanya boleh dituntut selepas papan dinding dibuka oleh pelesen dengan mengemukakan bersama resit asal dan salinan kad pengenalan.

Jika anda mempunyai masalah, sila hubungi:

JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka

Tel : 06-285 9799 Faks : 06-231 2584

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 18 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03605626

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY