Perundangan

Akta-akta memberi kuasa kepada MBMB untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran seluas 277 km persegi.

Akta-akta yang digunapakai oleh MBMB:

Bil Akta
1 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) 1976
  • Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh.Tanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.
2 Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133)
  • Akta ini pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.
3 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Akta ini digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan.
4 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
  • Akta untuk membuat peruntukan bagi memusnahkan dan mengawal serangga pembawa penyakit dan pemeriksaan dan rawatan perubatan orang yang menghidapi penyakit yang dibawa oleh serangga dan bagi perkara yang berkaitan dengannya
5 Akta Makanan 1983 (Akta 281)
  • Undang-undang untuk melindungi masyarakat terhadap perkara yang merbahayakan kesihatan dan penipuan dalampersiapan, penjualan dan penggunaan makanan, dan untuk hal-hal sampingan yang berkaitan.
6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya; bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko yang berbangkit daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pengangkutan; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan bagi pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor; dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud yang berkaitan.
7 Akta Kawalan Sewa 1966 (Akta 363)
8 Akta Distres 1951(Akta 255)
9 Peraturan-peraturan Makanan 1985

Kesalahan yang kerap dikompaun:

Terdapat berbagai-bagai kesalahan yang boleh dikompaun, tetapi yang kerap dikompaun:

Bil Kesalahan
1 Kekotoran - Mengotori tempat awam
2 Halangan - Menghalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan atau kenderaan di tempat awam
3 Berniaga atau menjaja tanpa lesen
4 Tidak mematuhi syarat lesen perniagaan
5 Tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan
6 Membuat sesuatu yang menyebabkan gangguan

Tahukah anda apa itu tempat awam?

Tempat awam merangkumi:

Bil Tempat Awam
1 Jalan dan lorong
2 Taman / taman bunga / taman permainan
3 Kawasan air pancutan
4 Pulau lalulintas (traffic island)
5 Sungai dan tebing sungai
6 Tempat tumpuan orang ramai
7 Tempat-tempat laluan orang ramai
Undang - Undang Kecil bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah adalah digubal oleh Bahagian Perundangan iaitu:
Bil Undang-Undang Kecil
1 Undang-Undang Kecil Gudang (MPMT) 1979
2 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (MPMT) 1982
3 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPMT) 1982
4 Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPMT) 1982
5 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan - Kesalahan (MPMT) (Pindaaan) Kerajaan Tempatan 1982
6 Undang-Undang Kecil Pasar-Pasar (MPMT) 1982
7 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPMT) 1982
8 Undang-Undang Kecil Taman (MPMT) 1983
9 Undang-Undang Kecil Iklan (MPMT) 1983
10 Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (MPMT) 1983
11 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut & Pendandan Rambut (MPMT) 1983
12 Undang-Undang Kecil Yuran Lesen Garaj Motosikal (MPMT) 1984
13 Undang-Undang Kecil Stor Kayu & Kerja Kayu (MPMT) 1984
14 Undang-Undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPMT) 1984
15 Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing (MPMT) 1984
16 Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan & Perindustrian (MPMT) 1984
17 Undang-Undang Kecil Kawalan & Penyeliaan Tempat-Tempat Makan (MPMT) 1985
18 Undang-Undang Kecil Ternakan Ayam & Itik (MPMT) 1985
19 Undang-Undang Kecil Penjaja (MPMT) 1985
20 Undang-Undang Kecil Dewan Perbandaran (MPMT) 1985
21 Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu & Kerbau (MPMT) 1987
22 Undang-Undang Kecil Nama Premis (MPMT) 1988
23 Undang-Undang Kecil Panggung & Tempat Hiburan Awam (MPMBB), 1987
24 Undang-Undang Kecil Rumah-Rumah Tumpangan (MPMBB) 1987
25 Undang-Undang Kecil Pasar Malam/Sehari (MPMBB) 1989
26 Undang-Undang Kecil Pilihanraya (MPMBB) 1990
27 Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPMBB) 1990
28 Undang-Undang Kecil Vandalisma (MPMBB) 1991
29 Peraturan-Peraturan Menyewa Dewan Serbaguna (MPMT) 1986
  • Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 2001
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat
03605960

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY