Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB) MBMB

DATARAN BANDARAYA 17 Februari - Program kitar semula anjuran MBMB iaitu Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB) telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Program AKKB pada kali ini dijayakan bersama 20 orang sukarelawan dari pelbagai sekolah di Negeri Melaka yang menyumbang khidmat bakti membantu warga bandaraya.

Sebanyak 13.17 tan kg (13,170 kg) barangan kitar semula berjaya dikumpulkan pada hari ini. Jumlah ini bersamaan dengan nilai jualan RM9,789.00.
Pecahan kutipan barangan kitar semula adalah seperti berikut:
Minyak 2,949 kg = RM 8,257.20
Ewaste 1,353 kg = RM 270.60
Fabrik 4,489 kg = RM 448.90
Barangan 3r 4,379 kg = RM 812.30

Program ini mencapai beberapa aspek Matlamat Pembangunan Mampan atau 'Sustainable Development Goals' (SDG) iaitu Matlamat 3: 'Good Health & Well-being', Matlamat 6: 'Clean Water & Sanitation', Matlamat 11: 'Sustainable Cities and Communities', Matlamat 12: 'Responsible Consumption and Production', Matlamat 13: 'Climate Action', Matlamat 14: 'Life Below Water' Matlamat 15: 'Life on Land' dan Matlamat 17: 'Partnership for the Goals'.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga bandaraya, agensi dan pembekal yang terlibat iaitu SWCorp, Life Line Clothing, Kloth Cares, Meriahtek, PTHM, peserta sukarelawan serta anggota-anggota MBMB yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Program AKKB seterusnya akan diadakan pada bulan Ramadhan. Sentiasa mengikuti laman sesawang rasmi MBMB serta media sosial MBMB untuk mengetahui makluman terkini. Jom Kitar Semula.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 25 April 2024.
Jumlah Pelawat
03639142

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY