melaka
pirate park

Melaka River Pirate Park

lMelaka River Pirate Park Melaka River Pirate Park Salah satu tarikan terbaru yang boleh dilihat sepanjang Sungai Melaka ialah sebuah taman tema air bernama Melaka River Pirate Park. Tiga tarikan di sini ialah Ferris Wheel yang sekarang terkenal dengan nama Eye On Melaka, Pirate Ship dan Tramboline Bungee. Tarikan terbaru Melaka kini lebih terkenal di kalangan pelancong dan keluarga.

beca
beca

Menaiki Beca

menaiki beca Menaiki Beca Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk Bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di Bangunan Stadthuys.

jonkerwalk
jonkerwalk

Jonker Walk

johker walk Jonker Walk Jonker Walk terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi. Ia benar-benar merupakan satu tempat di mana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat di setiap ceruk kedai-kedai kecil yang membarisi jalan ini. Jalan ini menjadi pasar lambak untuk peminat barang antik pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.

cruise

Sunset Cruise

Sunset Cruise Sunset Cruise - Nikmati pemandangan matahari turun di ufuk melalui jeti pelaut ini dengan belayar ke Pulau Upeh yang merupakan pusat perlindungan penyu karah dan asal-usul kepada upacara pengkebumian, Muara Sungai Melaka di mana armada Cheng Ho pernah berlabuh dan melawat Masjid Selat, satu-satunya masjid terapung di Melaka. Kembali ke jeti laut melalui pemandangan pesisiran dan nikmati hidangan makan malam di restoran jeti pelaut. Nite Cruise - Lihatlah pemandangan pesisiran dengan ribuan cahaya dari jeti pelaut sepanjang sungai Melaka diiringi jutaan bintang ke muara sungai & masjid terapung. Berehat sambil menikmati makanan di jeti pelaut.Island Hopping - Pengembaraan bermula dari jeti pelaut kami ke rumah api Pulau Undan melepasi Pulau Besar yang terkenal melalui pulau-pulau lain di sekitar Selat Melaka ke kawasan pesisiran dengan makan tengahari yang disediakan.

alive
alive

Melaka Alive

Melaka Alive Melaka Alive menawarkan satu konsep baru dalam mempelajari sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Nuevo Attraction & Destination Sdn Bhd berperanan menjayakan Melaka Alive dengan menggabungkan unsur-unsur teater dan sejarah berlatarbelakangkan penggunaan teknologi canggih seperti air pancut sebagai layar bagi memaparkan video dan penggunaan audio bagi menambahkan impak kepada pengunjung yang hadir merasai pengalaman kembali ke dalam Zaman Emas melalui Melaka Alive. Dengan matlamat untuk menjadikan Melaka Alive! Sebagai daya tarikan utama bagi pelancongan dan kebudayaan di Malaysia, adalah diharapkan sokongan setiap agensi pelancongan diseluruh Negara dan khususnya kerajaan negeri Melaka dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pengunjung yang ingin mengetahui tentang sejarah dalam konsep yang sangat menarik dan berbeza.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 13 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03655660

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY