

8 April - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB meluangkan masa beliau menziarahi dan menyantuni ahli keluarga En. Atan bin Said, Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya yang telah kembali ke Rahmatullah pagi ini. Hadir sama, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan diberikan kesabaran serta semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.



