
15 Oktober - Majlis Makan Malam Sempena Penilaian Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard (ACTC) 2026-2028 telah diadakan di Hotel Casa Del Rio, Melaka.
Sekalung penghargaan kepada YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang sudi meluangkan masa beliau bersama-sama delegasi panel penilai yang diketuai oleh Pn. Fanny John Sipawi, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Wilayah Persekutuan Labuan.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj.Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta ketua-ketua jabatan MBMB.
Sesi penilaian ACTC ini akan diadakan pada 16 Oktober di MBMB diikuti lawatan tapak di lapangan yang terlibat. Semoga Negeri Melaka serta MBMB khususnya memperoleh kejayaan dan presetasi kecemerlangan ini dapat dikekalkan sebagai destinasi pelancongan yang bersih dan lestari.



