3 Mac - Sesi walkabout di Bazar Aidilfitri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Melaka bertempat di Bazar Ikonik Banda Hilir, Melaka.
Sebelum walkabout bermula, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah memberi taklimat ringkas operasi pada malam ini. Hadir sama, Dr. Mohd Hazimin bin Jamaludin, Pengarah KPDNKSH Negeri Melaka, wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta pegawai-pegawai yang terlibat dan anggota penguatkuasa MBMB.
Walkabout ini diadakan bagi meninjau pematuhan harga serta memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kepentingan pengguna.
Semoga usaha ini dapat memastikan suasana perniagaan yang lebih terkawal dan memberi manfaat kepada semua menjelang Aidilfitri.




