
10 Mac - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meneruskan walkabout beliau di Bazar Ramadan Taman Semabok Perdana pada petang ini.
Hadir sama YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman
EXCO Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya , YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi , Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff , Setiausaha Bandaraya MBMB.
Beliau meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung bazar ramadan tersebut. Ternyata negeri Melaka mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan Melaka Sayang Rakyat ( MeSRa ).



