
12 Mac - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB meluangkan masa beliau mengagihkan sumbangan bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam kepada anggota MBMB.
Sumbangan bubur ini adalah daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena bulan Ramadan 1447H.



