
5 Januari - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB. Solat Dhuha diimamkan oleh En Asrul Ridzuan bin Abdullah Sani dan tazkirah disampaikan oleh En. Mohd Irwan bin Samat, Pengarah Penguatkuasaan. Tazkirah adalah mengenai Jangan Bersedih di mana ujian yang diberikan oleh Allah adalah bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang.



