2 Mac - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motovasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Mohamad Naqiuddin bin Mohamed Anuar dan tazkirah oleh En. Muhammad Sahal bin Zahri, Unit Integriti MBMB. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai Hikmah di Sebalik Musibah. Kita wajib meyakini bahawa Allah SWT tidak akan menimpakan sesuatu ujian atau dugaan dalam kehidupan seseorang itu di luar batas kemampuan para hambanya.
Justeru itu, hikmah di sebalik musibah adalah tanda kasih sayang Allah untuk menghapuskan dosa, mengangkat darjat, dan mendekatkan diri hamba-Nya kepada Pencipta. Ujian mendidik jiwa untuk bersabar, muhasabah diri, dan menyedari kelemahan diri, sekaligus memberi peluang untuk bertaubat dan mengukuhkan keimanan. Ia adalah tanda kasih Allah agar hambanya tidak lalai.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.




