
20 Januari - Telah berlangsung Slot Temubual YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Kolonel Nordin bin Abu, Komandon Pusat Latihan Peperangan Khusus Kem Sungai Udang di konti Melaka FM pada pagi ini. Temubual ini adalah berkisar tentang Karnival Tentera dan Majlis Penutup Kursus Asas Komando yang akan diadakan bermula esok 21 Januari sehingga 25 Januari 2026 bertempat di Persiaran Encore, Melaka. Pelbagai program dan aktiviti yang pasti akan menarik minat para pengunjung bagi melihat sendiri pameran aset ketenteraan, Pameran Ikhtiar Hidup Pertempuran, Demonstrasi Serigala Perang, Demonstrasi Menyelamat Tawanan Perang, Penerjunan Freefall serta Promosi Gelombang Wataniah.



