7 Mac - Sesi Kunjung Hormat Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Melaka (REHDA) kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi seramai 5 orang yang diketuai oleh Datuk Ngoh Chun How, NKS Development Sdn Bhd ini adalah bertujuan berkongsi informasi dan pembangunan perumahan terkini di negeri Melaka. Hadir sama Ketua-ketua jabatan dan ketua unit serta pegawai -pegawai kanan MBMB.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.





