
14 Julai - Satu sesi Kunjung Hormat Ministry of Defence Malaysia ( MINDEF ) ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Bilik Gerakan, Anjung Makmur.
Delegasi seramai 14 orang ini diketuai oleh YBrs. En. Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian (SUB) MINDEF . Delegasi disambut mesra oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan serta wakil jabatan.
Kunjung hormat ini berkisar perbincangan berkaitan projek pembinaan baharu Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) Kem Terendak, Melaka.
Semoga kunjung hormat ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.



