3 Mac – Sesi kunjung hormat Melaka Finance House (MFH) Berhad kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi MFH diketuai oleh En. Nazri bin Saring, Ketua Pegawai Eksekutif, Melaka Finance House Berhad. Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan dan Unit MBMB yang terlibat.
Sesi ini membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan Perkhidmatan Kewangan Pemfaktoran, selain bertukar-tukar idea dan pandangan untuk mencari solusi dalam menyokong kontraktor Negeri Melaka yang melaksanakan projek di bawah seliaan MBMB.
Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.




