
11 Julai - Sekitar Pertandingan Minecraft MBMB - UTeM sempena Vibrant Melaka 2.0 Conference yang telah diadakan bertempat di Hotel Swiss Garden Melaka.
MBMB dengan kerjasama UTeM telah menganjurkan Pertandingan Minecraft MBMB-UTeM khusus kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bermula dari 21 Jun hingga harini.
Pertandingan yang disertai oleh 40 kumpulan ini berjaya mencungkil kreativiti dan daya imaginasi peserta dalam membangunkan bandaraya bersejarah dan pintar menggunakan Minecraft.
Hadir sama menyaksikan pertandingan ini YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.



