

5 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menganjurkan Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat MBMB bertempat di perkarangan Menara Jam Besar, Banda Hilir, dalam suasana penuh meriah dan mesra komuniti bersempena Melaka Bila Larut Malam Edisi Aidilfitri.
Acara dimulakan dengan persembahan kebudayaan oleh Artis Budaya MBMB dan diteruskan dengan penyampaian plak dan sijil Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025.
Anugerah tersebut disampaikan kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana, diiringi oleh Pengarah PLANMalaysia@Melaka, TPr. Abdulhan bin Abd Lamit. Majlis ini turut dihadiri Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB pengarah-pengarah, pegawai kanan MBMB serta pengunjung Banda Hilir.
Untuk makluman, MBMB telah diumumkan sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2025 oleh KPKT pada 20 Mac yang lalu, hasil komitmen berterusan dalam membina persekitaran bandar yang sejahtera, inklusif dan berkualiti hidup tinggi.
Sebagai simbolik sambutan, sebanyak 200 biji belon diedarkan kepada orang ramai yang hadir, menceriakan suasana malam sambil menggalakkan nilai kebahagiaan dikongsi bersama komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara ini. MBMB akan terus melangkah ke hadapan dalam memastikan Bandaraya Melaka kekal bahagia dan sejahtera untuk semua.



