
7 Mac - Program Ziarah Kasih Anggota Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya MBMB bersama Datuk Bandar MBMB telah diadakan pada hari ini.
Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya mengambil inisiatif menziarahi rakan sekerja yang mengalami mengalami masalah kesihatan di kediaman mereka.
Turut hadir menyantuni anggota JLB , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Tn. Hj. Moahzam bin Asari , Pengarah Landskap Dan Pengindahan Bandaraya serta pegawai kanan dan anggota JLB.
Semoga semua anggota MBMB yang mengalami masalah kesihatan kembali pulih dan dimudahkan urusan sentiasa .



