1 Jun - Program Teh Tarik Santai Bersama YBhg. Datuk Bandar Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman telah diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Medan Samudera.
Program ini melibatkan Kelab Perodua Axia , HRV-Club dan Mitsubishi Xpander . Program Ops Bebas Litter Picking turut diadakan di sekitar kawasan tersebut.
Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara ahli kelab dan menjadi medan bertukar-tukar pandapat.
Hadir sama, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-Ketua jabatan serta ahli-ahli kelab kereta yang terlibat.




