
14 Julai - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Mohamad Naqiuddin bin Mohamed Anuar dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Mohd Imran bin Mohd Rashid , Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri.
Menjaga kesihatan diri adalah satu kewajipan dalam Islam kerana tubuh badan adalah amanah Allah yang perlu dijaga. Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melaksanakan ibadah dengan sempurna dalam menjalani kehidupan seharian . Selain itu, menjaga kesihatan juga dapat menjauhi diri daripada penyakit dan kemudaratan.



