26 Januari- Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Ahmad Farhan Bin Md Yusuf, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya dan beliau turut menyampaikan tazkirah yang bertajuk Siapakah Orang Muflis Di Akhirat?
Tazkirah ini berkisar tentang muflis akhirat bukan kerana kurang ibadah, tetapi kerana banyak menzalimi manusia. Justeru, cara bagi menyelamatkan diri dari muflis akhirat adalah dengan menjaga lidah dan tulisan serta banyakkan bertaubat dan beristighfar.
tetapi kerana banyak menzalimi manusia.




