
12 Januari - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB. Solat dhuha diimamkan oleh En. Mohamed Asiff bin Mohamed Amiz dan tazkirah telah disampaikan oleh Sr. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Sifat Zalim. Zalim bererti meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan melanggar batas yang ditetapkan oleh Allah SWT, sehingga menimbulkan ketidakadilan. Ianya merupakan dosa besar dan sangat dibenci oleh Allah SWT.



