
30 Mac - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motovasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Fadli bin Ahmad dan tazkirah oleh En. Noremi bin Mohd Darwi, Jabatan Perancangan Bandar MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai kepentingan menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia.
Silaturrahim adalah kewajiban yang menghubungkan persaudaraan untuk meraih keredaan Allah, memperluas rezeki, dan memanjangkan umur. Ia merupakan amalan mulia, tanda iman, dan kunci syurga. Semoga setiap anggota MBMB saling menjaga silaturrahim dan sentiasa melakukan kebaikan.



