Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB

17 Februari - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota MBMB. Solat dhuha diimamkan oleh En. Fadli bin Ahmad dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Ilham bin Ibrahim, Jabatan Penguatkuasaan.

Tazkirah yang telah disampaikan adalah mengenai kebaikan yang dilakukan untuk menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Tidak terlalu awal untuk setiap daripada golongan Muslim mempersiapkan diri bersungguh-sungguh bagi menyambut kedatangan Ramadan yang mulia. Sebagaimana Nabi SAW dan golongan salafus soleh yang sentiasa mempersiapkan diri sebelum menyambut bulan Ramadan, kita juga amat digalakkan untuk sentiasa melakukan persediaan menyambut bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan soleh seperti puasa sunat, bersedekah, bertaubat dan kebaikan-kebaikan yang lain.

Apa yang penting, sambutlah Ramadan dengan penuh keterujaan berserta ilmu pengetahuan. Ilmu dan amal sentiasa bergandingan. Amal akan lebih manis dengan ilmu, ilmu akan lebih bermanfaat bersama amalan. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang berilmu, beriman dan beramal soleh.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454596

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.